Pages

Monday 15 December 2014

PENGINAPAN DI HOMESTAY DUNGUN AQILAH HOMESTAY

Kami pihak Homestay Dungun AQILAH HOMESTAY ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang menginap di homestay kami sepanjang tahun ini. Alhamdulillah walaupun jarang update blog atas kekangan masa, perkhidmatan kami masih berjalan seperti biasa dan menerima tempahan yang menggalakkan. Minggu ini kami bakal menerima kehadiran En. Qadir sekeluarga. Minggu sebelum ini kunjungan daripada Cik Atiqah sekeluarga dari Johor Bharu untuk menghadiri konvokesyen di UITM Dungun manakala Pn. Hasmah sekeluarga dari Kuala Lumpur yang datang bercuti buat kali kedua di Homestay Aqilah. Terima kasih diucapkan atas kepercayaan yang diberikan. Semestinya kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan mengutamakan keselesaan pelanggan kami.

Di antara komen membina daripada pelanggan kami.















Komen daripada Puan Hasmah dari Kuala Lumpur yang telah menginap di Homestay Dungun Aqilah Homestay buat kali yang kedua. Terima kasih Puan atas kepercayaan yang diberi dan semoga berjumpa lagi! 














Pihak Homestay Dungun Aqilah Homestay mengucapkan ribuan terima kasih atas komen membina dan cadangan-cadangan yang diberikan. InshaAllah kami akan memperbaiki mutu perkhidmatan kami untuk kepuasan pelanggan semua. 

Tuesday 13 May 2014

Assalamu'alaikum. Dimaklumkan bahawa tempahan Aqilah Homestay bagi tarikh 12 Mei - 18 Mei 2014 dan 30 Mei - 7 Jun 2014 telah pun penuh. Terima kasih atas tempahan awal yang dibuat oleh para pelanggan semua. :-)

Saturday 30 November 2013

Homestay Dungun. Aqilah Homestay

Ruang keluarga yang luas ini dilengkapi dengan set sofa, satu unit penghawa dingin,kemudahan televisyen beserta ASTRO,kipas dan set meja makan bersesuaian untuk pengunjung yang inginkan keselesaan semasa percutian.Kami ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua 


Jika anda datang ke homestay kami dengan ahli keluarga yang ramai, jangan risau kerana dapur kami turut dilengkapi dengan dapur memasak, cerek elektrik, mini rice cooker & peti sejuk untuk kemudahan anda sekeluarga. Kami juga menyediakan mesin pencuci baju untuk kegunaan pelanggan kami. Pasti senang & selesa 


Kemudahan 'water heater' juga disediakan di salah satu bilik air kami untuk keselesaan pelanggan homestay dungun kami jika anda menginap di bandar Dungun.


Gambar-gambar lain Aqilah Homestay , Homestay Dungun. Kemudahan yang bersih dan selesa ini sesuai untuk anda ke pendaftaran, konvokesyen di UITM Dungun, SM Sains Dungun dan majlis perkahwinan di sekitar Dungun, Terengganu.


Thursday 7 November 2013

Homestay Dungun

HOMESTAY AQILAH di DUNGUN menyediakan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Hubungi Encik Helmi untuk tempahan 019-2178081 @ 0111 8323992 ( call atau sms ) Kami memberikan perkhidmatan yang baik sekiranya anda berminat untuk menginap di bandar Dungun, menghadiri konvokesyen di Uitm Dungun, mendaftarkan pelajar di Uitm Dungun/ SM Sains Dungun atau menghadiri kenduri.
 
                                     


               Homestay Dungun merupakan sebuah rumah rehat penginapan selesa untuk anda

 

Bilik utama yang selesa, berpenghawa dingin dan lengkap dengan perabot


Friday 1 November 2013

AQILAH HOMESTAY DUNGUN

Aqilah Homestay terletak dilokasi yang strategik di bandar Dungun sesuai untuk individu ataupun keluarga yang ingin bercuti di Terengganu, menghadiri perkahwinan, mendaftarkan pelajar di Politeknik Sultan Zainal Abidin, SM Sains Dungun atau menghadiri konvokesyen di UiTM Dungun, Terengganu Darul Iman.

Di Homestay Dungun ini, kami menyediakan 3 buah bilik tidur (sebuah bilik tidur berhawa dingin), ruang tamu berhawa dingin,  2 buah bilik air, ruang makan dan  dapur yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Kemudahan asas:

1) Bilik tidur utama ( katil queen lengkap bercadar + penghawa dingin + almari pakaian serta meja solek+ kipas dan lampu )
2) Bilik tidur kedua ( katil queen lengkap bercadar + almari pakaian serta meja solek + kipas dan lampu )
 3) Bilik tidur ketiga ( katil queen lengkap bercadar + kipas dan lampu )
 4) Ruang tamu berpenghawa dingin
 5) Ruang makan ( meja dan kerusi makan )
 6) 2 buah bilik air
 7) Dapur


Kami juga menyediakan kelengkapan tambahan lain bagi memudahkan percutian anda sekeluarga.

1) Dapur untuk memasak,cerek elektrik,gelas,pinggan makan dan lain-lain.
2) Peti sejuk
3) Mesin pencuci baju
4) Televisyen ( diruang tamu sahaja )
5) Seterika dan papan seterika


Untuk sebarang tempahan, saudara / saudari boleh menghubungi pihak kami:

Encik Helmi :019- 2178081 @ 0111 8323992 (call/ SMS)
Sekiranya kami tidak sempat menjawab panggilan anda, boleh SMS kami.Kami akan menghubungi anda kembali dengan kadar yang segera :)

Alamat homestay : Taman Sura Jetty 2, Jalan Masjid Lama, Sura, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman ( berhampiran dengan SK Sura & SM Sains Dungun)

Waktu check in : 2 petang hingga 10 malam
Waktu check out : 12 tengahari

Lokasi Aqilah Homestay Dungun hanya seminit dari SM Sains Dungun dan 3 minit dari UITM Dungun, Terengganu